No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia.     Tel : 03-40447640/40447641     Fax: 03-40447705      Email: makpem@gmail.com
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAKPEM
 
 
YH. DATO' SETIA AMAR SEGARA
DATO' HAJI HALIM BIN HAJI IBRAHIM
Presiden MAKPEM
 

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya sampaikan kata-kata aluan dalam laman web yang telah diperbaharui ini. Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua ahli pertubuhan gabungan dan semua sahabat MAKPEM. Sempena dengan tahun baru ini saya berharap agar semua ahli gabungan di Peringkat Kebangsaan dan Negeri-Negeri akan terus meningkatkan usaha-usaha murni untuk membantu golongan kurang bernasib baik dengan memberi perkhidmatan perlindungan, jagaan dan latihan agar mereka dapat hidup berdikari. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang akan jatuh pada 11 Februari 2013 kepada ahli-ahli gabungan dan sahabat saya dari Kaum Tiong Hua.

       Dalam usaha untuk menggalakkan orang kurang upaya penglihatan membaca Al-Quran, MAKPEM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Braille Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan satu Kursus Asas Pengenalan Membaca Al-Quran Braille pada 26 dan 27 Disember, 2012. [selanjutnya]

   
BERITA TERKINI !!!!
  1. MAKLUMAN KURSUS :
    Dimaklumkan bahawa Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dihentikan berkuatkuasa Januari 2013 dan akan diganti dengan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (Kursus Asuhan PERMATA). Pelaksanaan kursus baru ini akan diberitahu kelak.

  2. Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Bahagian II, akan diadakan pada 13-17 Mei 2013 di Bilik Kuliah 1 & 2, Institut Latihan MAKPEM...[seterusnya]

  3. Mesyuarat Jawatan Kuasa Pembangunan Masyarakat dan Kemanusiaan Kali Ke - 1/2013 pada 10.05.2013 (JUMAAT) Jam 3.00 Petang...[seterusnya]

  4. Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Bahagian I, akan diadakan pada 22-26 April 2013 di Bilik Kuliah 1 & 2, Institut Latihan MAKPEM...[seterusnya]

  5. Program Keselamatan Keluarga Tanggung Jawab Kita (SEKATA) - Edisi Remaja akan diadakan pada 9 Mac, 2013... [seterusnya]

  6. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kali Ke - 1/2013 akan diadakan pada 6 Februari 2013... [seterusnya]

  7. Program Keselamatan Keluarga Tanggung Jawab Kita (SEKATA) - Edisi Ibu Bapa akan diadakan pada 19 Januari, 2013... [seterusnya]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

INFO SEMINAR SPFI

Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Bahagian I
(22 - 26 April 2013)


Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Bahagian II
(13 - 17 Mei 2013)


Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Bahagian III
(17 - 21 Jun 2013)

 

 
Penafian : Pihak MAKPEM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan semasa melayari ruang ini.
Paparan terbaik: 1024 x 768 menggunakan Mozilla Firefox versi 3.5 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara 2013 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)