Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya sampaikan kata-kata aluan dalam laman web yang telah diperbaharui ini. Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua ahli pertubuhan gabungan dan semua sahabat MAKPEM. Sempena dengan tahun baru ini saya berharap agar semua ahli gabungan di Peringkat Kebangsaan dan Negeri-Negeri akan terus meningkatkan usaha-usaha murni untuk membantu golongan kurang bernasib baik dengan memberi perkhidmatan perlindungan, jagaan dan latihan agar mereka dapat hidup berdikari. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang akan jatuh pada 11 Februari 2013 kepada ahli-ahli gabungan dan sahabat saya dari Kaum Tiong Hua.
Dalam usaha untuk menggalakkan orang kurang upaya penglihatan membaca Al-Quran, MAKPEM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Braille Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan satu Kursus Asas Pengenalan Membaca Al-Quran Braille pada 26 dan 27 Disember, 2012. [selanjutnya]