No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia.     Tel : 03-40447640/40447641     Fax: 03-40447705      Email: makpem@gmail.com
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAKPEM

 

YH. DATO' SETIA AMAR SEGARA
DATO' HAJI HALIM BIN HAJI IBRAHIM
Presiden MAKPEM

 

 

 

 

 

         Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya sampaikan kata-kata aluan dalam laman web yang telah diperbaharui ini. Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua ahli pertubuhan gabungan dan semua sahabat MAKPEM. Sempena dengan tahun baru ini saya berharap agar semua ahli gabungan di Peringkat Kebangsaan dan Negeri-Negeri akan terus meningkatkan usaha-usaha murni untuk membantu golongan kurang bernasib baik dengan memberi perkhidmatan perlindungan, jagaan dan latihan agar mereka dapat hidup berdikari. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang akan jatuh pada 11 Februari 2013 kepada ahli-ahli gabungan dan sahabat saya dari Kaum Tiong Hua.

         Dalam usaha untuk menggalakkan orang kurang upaya penglihatan membaca Al-Quran, MAKPEM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Braille Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan satu Kursus Asas Pengenalan Membaca Al-Quran Braille pada 26 dan 27 Disember, 2012. Dalam hubungan ini, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis, melalui Majlis Agama Islam Negeri Perlis telah membiayai kos pengurusan kursus ini. saya seterusnya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta-peserta kursus kurang upaya penglihatan. Adalah menjadi harapan saya agar kursus seperti ini dapat diperkembangkan ke negeri-negeri lain.

         Sekian.

 

Selamat Maju Jaya'

Dato' Setia Amar Segara
Dato' Haji Halim bin Haji Ibrahim

 

Penafian : Pihak MAKPEM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan semasa melayari ruang ini.
Paparan terbaik: 1024 x 768 menggunakan Mozilla Firefox versi 3.5 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara 2013 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)