No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia.     Tel : 03-40447640/40447641     Fax: 03-40447705      Email: makpem@gmail.com
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAKPEM

 

PERATURAN AM TASKA

   A) PERATURAN TASKA

  • Taska penyayang MAKPEM bertanggungjawab mengasuh, menyediakan makanan, alat-alat permainan, kelengkapan pembelajaran, serta mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa di Taska ini.
  • Taska ini dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 6.00 petang, kecuali pada cuti umum.

   B) MAKANAN DAN MINUMAN SEIMBANG

  • Taska penyayang MAKPEM bertanggungjawab mengasuh, menyediakan makanan, alat-alat permainan, kelengkapan pembelajaran, serta mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa di Taska ini.
  • Taska ini dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 6.00 petang, kecuali pada cuti umum.

   C) PERALATAN YANG PERLU DIBEKALKAN

        ( i )   Pakaian yang sesuai untuk kanak-kanak (4 set sehari)

        ( ii )  Berus gigi, sabun mandi dan keperluan lain.

        ( iii ) Susu, botol susu, dan nestum untuk bayi 18 bulan ke bawah.

        ( iv ) Bedak, losyen, sikat dan syampu.

        ( v )  Tuala perlu ditukar 2 hari sekali.

        ( vi ) Plastik untuk pakaian kotor.

  • PERHATIAN : ( ii ), ( iii ) dan ( iv ) ditinggalkan di Taska.
    Diminta ibu bapa melabelkan ke semua peralatan atas nama kanak-kanak.

   D) CUTI

  • Taska akan memberikan senarai cuti tahunan dan diharapkan ibu bapa akan mematuhinya. Jika cuti termasuk cuti sekolah/cuti bersalin, maka bayaran yang dikenakan seperti biasa.

   E) KESIHATAN

  • Taska mengambil berat akan kesihatan kanak-kanak. Ibu bapa dinasihatkan untuk membawa kanak-kanak ke klinik terlebih dahulu sekiranya didapati kurang sihat. Ini adalah untuk mengelakkan agar penyakit tidak berjangkit kepada kanak-kanak yang lain.
  • Sekiranya kanak-kanak secara tiba-tiba kurang sihat di Taska, pihak Taska akan menghubungi ibu bapa dan dengan kebenaran ibu bapa, pihak Taska akan membawa kanak-kanak ke klinik terdekat dan bayaran klinik akan dituntut semula dari ibu bapa.

   F) PENGAMBILAN KANAK-KANAK

  • Kanak-kanak tidak akan diserahkan kepada mana-mana ahli keluarga oleh pihak Taska KECUALI DENGAN KEBENARAN BERTULIS daripada ibu bapa.

Penafian : Pihak MAKPEM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan semasa melayari ruang ini.
Paparan terbaik: 1024 x 768 menggunakan Mozilla Firefox versi 3.5 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara 20132 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)